rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

My Follower

Sunday, December 11, 2011

Ke Mana Boleh Dihalakan Wang Perokok?


"Cuti sekolah akhir tahun baru bermula. Para remaja yang tidak terlibat dengan peperiksaan besar punyai banyak masa lapang yang boleh diisi. Usrah remaja yang biasanya dijalankan secara mingguan ataupun dwi-mingguan dihentikan buat sementara waktu. Namun begitu sebelum mereka berehat panjang, minda mereka perlu dihenyak lebih sedikit sebagai bekalan dalam jangka masa sebulan setengah ini. Oleh itu aku dan rakanku mengambil inisiatif mengadakan usrah selama empat hari berturut-turut pada cuti minggu pertama ini.


Dalam salah satu slot yang aku kendalikan, para remaja ini diminta memerah otak mereka dalam satu ‘bengkel mini’. Sebelum itu kita baca dulu petikan akhbar Utusan Malaysia 21 November 2007 di bawah:
“BISIK-BISIK AWANG SELAMAT 
TIGA juta rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan lebih 10,000 kes kematian setahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat gejala itu. 
Itulah antara maklumat terbaru daripada kajian Kementerian Kesihatan berkaitan tabiat merokok di kalangan rakyat kita.


Pembaziran, penyakit dan kematian tidak dapat dipisahkan daripada merokok. Tetapi realitinya rata-rata perokok tidak kisah semua itu hanya kerana ketagihan mereka. 
Awang sedih dan adakalanya bingung melihat gejala ini, lebih-lebih lagi melihat makin ramai termasuk wanita muda merokok. 

Sebab itu Awang boleh faham mengapa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kian agresif dalam usahanya membendung gejala merokok. 
Beliau bertalu-talu menggesa para imam dan pemimpin berhenti merokok. Malah berjanji tidak akan memilih perokok sebagai calon pilihan raya akan datang. 
Kita perlu ada pemimpin seperti Nik Aziz yang bersungguh-sungguh melawan gejala merokok.


Isu ini agak sensitif bagi perokok. Demi sayangkan mereka - perhebatkanlah usaha kita.


Awang – Pernah jadi perokok.”

Sebahagian daripada para remaja ini sudah dua setengah tahun bersama kami. Mereka ada sedikit-sebanyak kefahaman tentang Islam sebagai ad-Din dan gerak kerja dakwah. Aku meminta mereka berbincang dan mencetuskan idea-idea bernas melalui soalan berikut (lebih kurang):


“Bayangkan yang para perokok di negara ini cuti daripada merokok selama sebulan. Kita dapat kumpulkan RM 450 juta. Anda diberi mandat oleh negara untuk menguruskan wang ini. Apa yang boleh anda lakukan?”


Remaja dalam lingkungan usia enam belas tahun ini ternyata punya kesedaran yang lebih baik daripada para perokok kita. Berikut ialah antara isi-isi yang mereka bentangkan:
 
  1. Banyakkan program-program dakwah terutamanya kepada para remaja secara percuma (malah kita boleh beri duit saku lagi kepada mereka yang hadir)
  2. Menghulurkan lebih bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan di serata dunia
  3. Menaiktarafkan infrastruktur sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman (silap-silap tol pun percuma)
  4. Letakkan lampu-lampu di tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi lokasi maksiat
  5. Berikan lebih ganjaran dan keselesaan kepada para muallaf
  6. Memberikan bantuan kepada umat Islam yang tidak mampu mengerjakan haji untuk mengerjakan haji
  7. Perbanyakkan majalah-majalah dakwah (majalah sedia ada pun boleh juga, apa kata kita sebarkan secara percuma)
  8. Mengadakan program ‘JOM DAKWAH’ sebagai menyaingi ‘JOM HEBOH’ di semua negeri (alangkah bagusnya cadangan budak ni…)
  9. Memberi lebih bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya
  10. Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan berpendapatan rendah
  11. Salurkan kepada pusat-pusat pengajian dan rumah sakit (biasiswa percuma, rawatan murah, kos pembedahan dan lain-lain)
  12. Menganjurkan pertandingan- pertandingan aktiviti keagamaan dengan hadiah yang lebih mewah
  13. Terbitkan rancangan keagamaan dan disiarkan di televisyen
 
 
Begitulah antara buah fikiran anak-anak kita. Jika kita yang dewasa ini berfikir tentangnya, tentulah pelbagai lagi jalan-jalan yang sesuai lagi berkesan dapat kita fikirkan. Persoalan kita, apakah para perokok mahu berfikri ke arah ini dan sanggup berkorban?

Katakanlah perokok Muslim membayar RM 10 juta sehari, sebulan sudah RM 300 juta. Setahun? Billion tu… boleh beli Apache tu… Sepuluh tahun? Dua puluh tahun?... (Malaysia boleh pergi ke angkasa lepas dengan roket sendiri?)


Apa kata kita adakan kempen ‘Sehari Cuti Dalam Sebulan’? Maksudnya ‘datang bulan’lah lebih kurang. Melalui kempen ini, para Muslim perokok mestilah tidak merokok pada satu hari dan wang membeli rokok untuk hari itu disalurkan kepada satu tabung khas. Tak dapat RM 10 juta, dapat RM 1 juta pun rasa-rasanya sudah sangat bagus, kan?


Jadi selepas ini, apabila ternampak seseorang sedang merokok, kita hendaklah membayangkan yang orang itu sedang membuang RM 10 juta sehari dana umat Islam.


Wallahualam.


‘PANDANG GLOBAL, BEREGRAK SEBAGAI SATU UMAT’

0 comments:

Post a Comment