rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

My Follower

Sunday, December 11, 2011

Ke Mana Boleh Dihalakan Wang Perokok?


"Cuti sekolah akhir tahun baru bermula. Para remaja yang tidak terlibat dengan peperiksaan besar punyai banyak masa lapang yang boleh diisi. Usrah remaja yang biasanya dijalankan secara mingguan ataupun dwi-mingguan dihentikan buat sementara waktu. Namun begitu sebelum mereka berehat panjang, minda mereka perlu dihenyak lebih sedikit sebagai bekalan dalam jangka masa sebulan setengah ini. Oleh itu aku dan rakanku mengambil inisiatif mengadakan usrah selama empat hari berturut-turut pada cuti minggu pertama ini.


Dalam salah satu slot yang aku kendalikan, para remaja ini diminta memerah otak mereka dalam satu ‘bengkel mini’. Sebelum itu kita baca dulu petikan akhbar Utusan Malaysia 21 November 2007 di bawah:
“BISIK-BISIK AWANG SELAMAT 
TIGA juta rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan lebih 10,000 kes kematian setahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat gejala itu. 
Itulah antara maklumat terbaru daripada kajian Kementerian Kesihatan berkaitan tabiat merokok di kalangan rakyat kita.


Pembaziran, penyakit dan kematian tidak dapat dipisahkan daripada merokok. Tetapi realitinya rata-rata perokok tidak kisah semua itu hanya kerana ketagihan mereka. 
Awang sedih dan adakalanya bingung melihat gejala ini, lebih-lebih lagi melihat makin ramai termasuk wanita muda merokok. 

Sebab itu Awang boleh faham mengapa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kian agresif dalam usahanya membendung gejala merokok. 
Beliau bertalu-talu menggesa para imam dan pemimpin berhenti merokok. Malah berjanji tidak akan memilih perokok sebagai calon pilihan raya akan datang. 
Kita perlu ada pemimpin seperti Nik Aziz yang bersungguh-sungguh melawan gejala merokok.


Isu ini agak sensitif bagi perokok. Demi sayangkan mereka - perhebatkanlah usaha kita.


Awang – Pernah jadi perokok.”

Sebahagian daripada para remaja ini sudah dua setengah tahun bersama kami. Mereka ada sedikit-sebanyak kefahaman tentang Islam sebagai ad-Din dan gerak kerja dakwah. Aku meminta mereka berbincang dan mencetuskan idea-idea bernas melalui soalan berikut (lebih kurang):


“Bayangkan yang para perokok di negara ini cuti daripada merokok selama sebulan. Kita dapat kumpulkan RM 450 juta. Anda diberi mandat oleh negara untuk menguruskan wang ini. Apa yang boleh anda lakukan?”


Remaja dalam lingkungan usia enam belas tahun ini ternyata punya kesedaran yang lebih baik daripada para perokok kita. Berikut ialah antara isi-isi yang mereka bentangkan:
 
  1. Banyakkan program-program dakwah terutamanya kepada para remaja secara percuma (malah kita boleh beri duit saku lagi kepada mereka yang hadir)
  2. Menghulurkan lebih bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan di serata dunia
  3. Menaiktarafkan infrastruktur sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman (silap-silap tol pun percuma)
  4. Letakkan lampu-lampu di tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi lokasi maksiat
  5. Berikan lebih ganjaran dan keselesaan kepada para muallaf
  6. Memberikan bantuan kepada umat Islam yang tidak mampu mengerjakan haji untuk mengerjakan haji
  7. Perbanyakkan majalah-majalah dakwah (majalah sedia ada pun boleh juga, apa kata kita sebarkan secara percuma)
  8. Mengadakan program ‘JOM DAKWAH’ sebagai menyaingi ‘JOM HEBOH’ di semua negeri (alangkah bagusnya cadangan budak ni…)
  9. Memberi lebih bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya
  10. Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan berpendapatan rendah
  11. Salurkan kepada pusat-pusat pengajian dan rumah sakit (biasiswa percuma, rawatan murah, kos pembedahan dan lain-lain)
  12. Menganjurkan pertandingan- pertandingan aktiviti keagamaan dengan hadiah yang lebih mewah
  13. Terbitkan rancangan keagamaan dan disiarkan di televisyen
 
 
Begitulah antara buah fikiran anak-anak kita. Jika kita yang dewasa ini berfikir tentangnya, tentulah pelbagai lagi jalan-jalan yang sesuai lagi berkesan dapat kita fikirkan. Persoalan kita, apakah para perokok mahu berfikri ke arah ini dan sanggup berkorban?

Katakanlah perokok Muslim membayar RM 10 juta sehari, sebulan sudah RM 300 juta. Setahun? Billion tu… boleh beli Apache tu… Sepuluh tahun? Dua puluh tahun?... (Malaysia boleh pergi ke angkasa lepas dengan roket sendiri?)


Apa kata kita adakan kempen ‘Sehari Cuti Dalam Sebulan’? Maksudnya ‘datang bulan’lah lebih kurang. Melalui kempen ini, para Muslim perokok mestilah tidak merokok pada satu hari dan wang membeli rokok untuk hari itu disalurkan kepada satu tabung khas. Tak dapat RM 10 juta, dapat RM 1 juta pun rasa-rasanya sudah sangat bagus, kan?


Jadi selepas ini, apabila ternampak seseorang sedang merokok, kita hendaklah membayangkan yang orang itu sedang membuang RM 10 juta sehari dana umat Islam.


Wallahualam.


‘PANDANG GLOBAL, BEREGRAK SEBAGAI SATU UMAT’

TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK

Assalammualaikum

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

 APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh  cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
 Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
 Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan 
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda  

Kehebatan ilmu Imam Shafie : Dialog bersama Harun al-Rashid.


Al-Hafiz al-Baihaqi meriwayatkan Imam Shafie pernah suatu hari menghadiri majlis yang diadakan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Muhammad bin al-Hasan turut hadir.  

Khalifah berpaling kepada Imam Shafie, lalu bertanya: ‘Wahai Ibn Idris! Bagaimana penguasaanmu terhadap Kitab Allah azza wa Jalla? ’  

Jawab Imam Shafie: ‘Kitab Allah Azza wa Jalla yang mana satu engkau tanya? kerana Allah Subhanahu wa Taala menurunkan beberapa buah kitab; 58 buah kitab ke atas 7 para Nabi as. 

Allah turunkan ke atas Adam, Shith as 30 sahifah. Semuanya perumpamaan. 

Allah turunkan ke atas Akhnukh (Nabi Idris) as 16 sahifah. Semuanya hikmah dan ilmu mengenai alam tinggi (al-Malakut al-A’la). 
Allah turunkan ke atas Ibrahim as 8 suhuf. Di dalamnya kefardhuan dan Nazar. 

Allah turunkan ke atas Musa as Taurat. Kebanyakannya amaran dan nasihat. Allah turunkan ke atas Isa as Injil, untuk menerangkan kepada Bani Israel perkara yang mereka perselisihkan dalam Taurat. 
Allah turunkan ke atas Daud as kitab (iaitu Zabur). Semuanya doa dan nasihat. 

Allah turunkan ke atas SayyidilBashar (ketua segala manusia) Muhammad saw al-Furqan. Ia menghimpunkan segala kitab terdahulu. 

Allah Taala berfirman, maksudnya:
“ Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam” An-Nahl: 89 

Dan firmanNya bermaksud:
“Alif, Lam, Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijkasana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.”  Hud:1 

Khalifah Harun al-Rashid berkata: ‘Engkau telah menjawab dengan baik melalui huraianmu. Tetapi maksudku ialah al-Quran yang diturunkan ke atas SayyidilMursalin Muhammad saw yang diperintah Allah supaya kita menerimanya, dan memerintahkan kita supaya beramal dengan ayat muhkamnya dan beriman dengan ayat mutasyabihnya.’ 

Imam Shafie menjawab: ‘Ayat yang mana satu engkau tanya? Tentang muhkamnya, mutasyabih, nasikh atau mansukhnya? Kerana terdapat ayat itu hukumnya thabit sedangkan bacaannya diangkat; di antaranya bacaannya thabit dan hukumnya terangkat, atau engkau tanyakan aku tentang perbandingan dan perumpamaan yang Allah buat, atau beberapa kisah umat terdahulu.’ 

Imam Shafie terus menjawab dengan menyebut 73 bentuk…  

Harun al-Rashid berkata: ‘Hei Shafie! Adakah ilmumu meliputi semua ini?’  

Imam Shafie menjawab: ‘Wahai AmirulMukminin! Ujian terhadap orang yang bercakap ialah seperti api yang membakar perak. Ia akan menzahirkan yang mana baik, yang mana buruk.’  

Harun al-Rashid berkata: ‘Aku tidak pandai mengulangi apa yang engkau sebutkan, tetapi aku akan bertanya tentangnya di majlis yang lain. Bagaimana pula penguasaanmu terhadap Sunnah Rasulullah saw?’  

Imam Shafie berkata: ‘Aku mengetahui dari Sunnah itu apa yang keluar dalam bentuk wajib, tidak boleh meninggalkannya sebagaimana tidak boleh meninggalkan apa yang diwajibkan Allah dalam al-Quran, apa yang keluar dalam bentuk ta’dib, apa yang keluar dalam bentuk nadb (sunat), apa yang keluar dalam bentuk khas..yang tidak dimasuki oleh am, apa yang keluar dalam bentuk umum..yang termasuk di dalamnya khusus, apa yang keluar sebagai jawapan dari orang yang bertanya..tidak boleh selainnya untuk menggunakannya, apa yang keluar buat pertama kalinya…kerana banyaknya ilmu di dalam dada Nabi saw, apa yang dibuat khusus untuk dirinya dan menjadi ikutan orang tertentu dan awam, dan apa yang khusus untuk dirinya..lalu tidak dikongsi perkara itu dengan orang lain.’ 

Harun al-Rashid berkata: ‘Barakallahu fik (Moga Allah memberkatimu) wahai Shafie! Engkau telah menjawab dengan baik. Bagaimana pula penguasanmu terhadap Bahasa Arab?’  

Imam Shafie menjawab: ‘Bahasa Arab itulah medan kami. Tabiat kami telah terbiasa dengannya. Lidah kami menuturinya. Bahasa Arab itu telah menjadi seperti kehidupan kami, ia tidak sempurna melainkan dengan keselamatan bahasa Arab. Aku dilahirkan tanpa mengenal lahn/kesilapan dalam bahasa Arab.’  

Harun al-Rashd berkata: ‘Mudah-mudahan Allah membanyakkan di kalangan keluargaku orang sepertimu.’  

Khalifah memerintahkan supaya diberikan 1000 dinar kepada Imam Shafie. Imam Shafie menerimanya. Khalifah ketawa, sambil berkata: ‘Alangkah bijaknya engkau, alangkah mendalamnya ilmu engkau. Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu…’ 

Khalifah memerintahkan khadamnya mengikut Imam Shafie supaya melihat apa yang dibuat oleh Imam Shafie terhadap wang tersebut. Imam Shafie membahagi-bahagikan wang tersebut sebekas sebekas hingga ia sampai ke satu pintu. Tidak ada bersamanya melainkan satu bekas wang lalu diberikannya kepada khadam Khalifah itu.  

Khadam tersebut memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Harun al-Rashid. Al-Rashid berkata: ‘dengan inilah hemmahnya hilang dan kuatlah ujiannya (faragha hammuhu wa qawiat minnatuhu)  

Komentar saya:
  1. Imam Shafie sememangnya seorang tokoh ternama dalam sejarah Islam. Sebagai beradab, jangan perlekehkan ketokohannya.
  2. Seseorang tinggi di sisi Allah kerana ilmunya, bukan kerana pangkat dan jawatannya.
  3. Penguasaan terhadap al-Quran dan Hadis adalah asas ilmu sebenar. Kalau kail hanya sejengkal di dalam bidang al-Quran atau Hadis, tolong jangan mendabik dada ( atau perasan) sebagai pakar atau hebat.
  4. Perkataan yang keluar dari mulut menjadi indikator kepada kredibiliti ilmu dan peribadi seseorang.
  5. Ketinggian ilmu si ulama yang benar tidak menjadikan ia buta hati terhadap ganjaran harta yang diberi.
  6. Pemerintah yang adil termasuk pemerintah yang meletakkan ulama pada tempatnya yang sebenar dan bersedia menerima pandangan ulama.
  7. Kebijaksanaan berucap ialah untuk menegakkan kebenaran, bukannya menunjukkan keegoan.
"
 
 
 
KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz

BEWARE OF EGG ~

The latest tactic used by the robbers to stop you while driving and to rob, rape or slash you has come to my attention after a friend of mine was trapped in this situation.

 
LATEST CASE
My good friend was driving along Kesas Highway just after Plaza Tol Puchong towards Kajang. This happened last Sunday 23rd December at around 11 pm with his wife after attending a dinner function at his relative's house in Bandar Sunway.

 
Suddenly a motorbike over took them and the pillion rider threw 2 eggs towards his car windscreen. Within seconds his whole windscreen was smeared with the liquid from the egg. His immediate reflex's action was to turn on his windscreen wiper and the whole surface became very blur.

 
So he immediately slowed his car and brought it to a halt along the emergency lane..
Then he got out of his car and was trying to wipe and wash the windscreen while his wife was seated inside the car. All of a sudden a Proton Satria stopped behind his car and 3 guys came running towards him with Samurai Swords screaming at him to surrender his car and wallet.

 
Luckily my friend who is attached to the Police CID division managed to pull his gun out and fire two warning shot in the air. To his surprise the 3 guys ran back into their car and drove off with very high speed.
He called up the police and they checked out the plate number and found it to be a false number plate.

 
Apparently this tactic has been very often used in the latest string of road side robberies especially with lady drivers or men driving alone or with women and small children.
So please if you were to ever encounter such situation the best to do is to make sure:

 
1) Not to turn on your wiper.
2) Continue driving to the nearest Petrol Station,  Police Station,  Mamak Shop,  Seven Eleven or any other place that is bright and have human crowd to attract attention.

 
Please send this information to your dear friend's and family members.

 
Best regards,

PERINGATAN !!

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila
'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .

MARI SEMBAHYANG BERJEMAAH

Sembahyang Berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehingga pernah suatu masa Rasulullah menyuruh para sahabat untuk mengambil api dan membakar rumah orang yang enggan datang berjemaah sebagaimana hadits dibawah:-



Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak melihat beberapa orang sahabatnya dalam beberapa waktu sembahyang jemaah. 



Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya aku mengambil berat untuk menyuruh seseorang supaya mendirikan sembahyang secara berjemaah bersama orang ramai. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang yang tidak mendirikan sembahyang secara berjemaah. Lalu baginda menyuruh supaya membakar rumah mereka dengan seikat kayu. Sekiranya salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa dia akan mendapat segumpal daging yang gempal, pasti dia akan mendirikan sembahyang itu iaitu sembahyang Isyak "

di akhir zaman ini realitinya rumah Allah seperti mesjid dan Surau makin kurang digemari oleh penganut Islam untuk mengerjakan sembahyang berjemaah. Sedangkan tuntutan sembahyang berjemaah itu menyebabkan gandaan pahala sehingga 27 darjat berbanding sembahyang sendirian:-

Hadis Ibnu Umar r.a: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat"

Walaupun tawaran yang sebegini baik yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, namun manusia sentiasa mengabaikan semabhyang berjemaah. Akibatnya kedudukan umat Islam kelihatan lemah dan tidak bermaya apabila mesjid dan surau sangat sedikit jemaah yang datang bersolat. Malah yang menyedihkan terdapat setengah mesjid dan surau yang telah tidak mampu untuk diadakan sembahyang 5 waktu berjemaah. Terutamnya sembahyang Zohor dan Asar.

Apabila ditanya kepada rasulullah mengenai apakah pekerjaanatau amalan apa yang paling utama , dalam satu hadis dijelaskan bahawa Rasulullah menjelaskan 1. sembahyang pada waktunya, 2. Berbakti kepada ibu bapa, 3. Berjihad dijalan Allah.

Sembahyang pada waktunya kelaziman dilakukan secara berjemaah di mesjid dan surau. Kesedaran untuk meningkatkan kehadiran para jemaah mestilah bermula dari didikan awal oleh ketua keluarga , sehinggakan menimbulkan minat generasi muda untuk hadir berjeamaah. Sekiranya ibu bapa membiarkan anak-anaknya tanpa dipupuk dengan cintakan berjemaah lambat laun kosonglah mesjid dan surau.

Sembahyang dirumah jika terpaksa hendaklah juga dengan berjemaah. Kelaziman ini juga memberi kesan kepada minat anak-anak untuk pergi berjemaah di mesjid.


Allah mewajibkan setiap lelaki yang mukallaf untuk datang ke mesjid pada setiap hari Jumaat untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Di sana terdapat khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bagi mendidik masyarakat untuk bertaqwa kepada Allah SWT. Sebetulnya kewajipan ini adalah menifistasi dari pentingnya sembahyang berjemaah itu sendiri sehingga paling kurang perlu dilakukan seminggu sekali.

Layari Blog CINA iSLAM : http://idhamlim. blogspot. com"
 




KALAM HIKMAH :
 
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )
 
 
 
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz
 

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarla h Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu 
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu." 

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan.. ..Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah 
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara" 

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan 
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha 
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 

Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan." 

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan 
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat 
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat." 

Ketika Mayat Siap Dishalatkan. ...Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk." 

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini 

Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa." 

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . 
Kini Kau Tinggal Seorang Diri 
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri 
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku 
Hari Ini,... 
Akan Kutunjukan Kepadamu 
Kasih Sayang-Ku 
Yang Akan Takjub Seisi Alam 
Aku Akan Menyayangimu 
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". 

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang 
Kembalilah Kepada Tuhanmu 
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya 
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku 
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" 

Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.

Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau kapan kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita kapan kematian akan menjemput kita???