rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

My Follower

Monday, October 3, 2011

ANAK PADERI PELUK ISLAM


Message body




sedihnya bila baca kisah dia ni....



Kisah anak paderi memeluk agama islam (mesti baca)



Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin
Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya
dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua
Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih
oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk
Josep h Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan
negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,p akaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya
dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan(betap a hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama
penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama
kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah,
saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini,
boleh ke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama l angit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama
Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi
Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil
sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang
menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan
dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 -

konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
saya
juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik
ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'
datang
ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah
hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan
jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang
berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta,
saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya
dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia urusk an dengan
pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang
ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum
saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya

Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu
koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya
di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil
Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam.
Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak
sampai
setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak
berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah
saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai

memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai
mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya tele fon. 7 tahun saya
hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya

mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah
dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam tu rut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Meng apa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh
sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu
Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan
masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma
untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh
puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan sa ya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini
antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau

ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.


  Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat
mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta
Insyaallah...


  wassalam

0 comments:

Post a Comment