rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

My Follower

Tuesday, December 14, 2010

Erti Perkahwinan

Assalamualaikum,
Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yangmalu mengakuinya.Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidakbergula.Syurga rumahtangga itu fitrah hatiNaluri semulajadi yang pinta diisiKerananya jejaka rela menjadi suami....Kerananya perawan rela menjadi isteriMasing-masing dengan harapan agar rumahtangga membawa kebahagiaan. Matlamat yang satu tapi jalannya berliku. Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza. Lalu bermacamlah jalan ke sana.
Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta. Diukir dari intan permata(Wah , suamiku seorang jutawan)Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..Ditempa oleh wajah rupawan( Wah, isteriku seorang celeberity)Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa. Dituai oleh pangkat dan jawatan( Wah, suamiku seorang negarawan)Pelbagai jalan menimbulkan dilema. Mencari yang benar mempelai tersasar.

Kalaulah bahagia itu pada harta.
Kalaulah bahagia itu pada nama.
Kalaulah bahagia itu pada rupa.
Kalaulah bahagia itu pada kuasa.
Kenapa Charles dan Diana berpisah,
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah,
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.


Bahagia itu dari dalam hati. Kesannya zahir rupanya maknawi.
Terpendam bagai permata dalam hatiTerbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada HATI.
Bertakhta di kerajaan diri. Bahagia itu pada JIWA. Mahkota di singgahsana rasa. Bahagia itu KESABARAN. Bila susah tak gelisah. Bila miskin tak pemarah. Bila gagal tidak resah.
Oh, suamiku,inalillah....Hakikatnya bahagia itu ketenangan bila hati mengingati tuhan.
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.Binalah rumahtangga atas tapak imanTuluskan niat luruskan matlamat'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi''isteriku, kaulah permaisuri hati.....'penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah. Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan. Iman itu tujuan Syariat itu jalan tempat merujuk segala permasalahan...tempat mencari semua penyelesaian- isteriku, taatilah hukum Allah....- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w.


Binalah hidup di neraca maaruf. Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat.........Indahnya oleh munajat. Tapaknya iman.......Jalannya syariat.......Natijahnya.....akhlak.
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia danpenyayang suami' 'cinta dan kasih isteri'lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah . Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment